VISI
Visi Bahagian Audit Dalam adalah menjadi entiti yang cemerlang dan menjadi sumber rujukan dengan memberikan perkhidmatan pengauditan dan khidmat nasihat selaras dengan visi UPSI.
MISI
Misi Bahagian Audit Dalam adalah memberikan perkhidmatan pengauditan, khidmat nasihat dan latihan melalui pelaporan, taklimat dan perbincangan selaras dengan pelan strategi UPSi.
MATLAMAT
Matlamat Bahagian Audit Dalam adalah untuk membantu semua lapisan pengurusan universiti dalam mencapai matlamat dan objektif universiti dengan berusaha untuk memberi impak yang positif terhadap kecekapan dan keberkesanan fungsi-fungsi pengurusan terutama pengurusan kewangan.
Bahagian Audit Dalam membantu universiti mencapai objektif ini melalui penilaian, analisa, cadangan dan pandangan yang bebas, berkaitan dengan penilaian ke atas risiko yang dihadapi, kenalpasti dan pelaksanaan memperbaiki kawalan dalaman, menambah kadar kecekapan dan keberkesanan sesuatu fungsi seterusnya mematuhi arahan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Pengurusan Universiti dan kerajaan amnya.