OBJEKTIF

Objektif utama BhAD-UPSI ialah untuk membantu pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cekap, ekonomi dan berkesan serta mengikut undang-undang dan peraturan melalui penilaian yang bebas, berobjektif dan menepati masa. Untuk mencapai objektif ini, BhAD perlu memastikan bahawa :-

i. Sistem kawalan dalaman adalah sempurna dan berkesan.

ii. Undang-undang, polisi, peraturan dan tatacara kewangan diikuti.

iii. Semua rekod perakaunan adalah tepat dan boleh dipercayai.

iv. Semua aset diambilkira dan dilindungi daripada sebarang kehilangan.

v. Data-data kewangan kepada pihak pengurusan adalah tepat dan boleh dipercayai.

vi. Semua sumber diurus dengan cekap, ekonomi dan berkesan.