• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color

Peranan & Fungsi

Fungsi utama BhAD banyak kepada menjalankan semakan dan merupakan proses kawalan dalaman. Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1998 Perkara 7.1.4, telah menggariskan tanggungjawab Unit Audit Dalam Badan-Badan Berkanun Persekutuan seperti berikut:

    1. Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan-arahan dan peraturan-peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan dan licin serta sejajar dengan objektif dan amalan pentadbiran yang baik.
    2. Menentukan kemampuan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi.
    3. Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mencari cara-cara untuk mengenal pasti,mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut.
    4. Mengkaji sistem yang ada untuk memastikan ianya mematuhi dasar, peraturan dan bidang-bidang yang mungkin mempunyai kesan terhadap operasi dan laporan serta menentukan samada organisasi mematuhinya atau tidak. Mencadangkan dasar-dasar yang sesuai jika perlu
    5. Mengkaji cara-cara yang sesuai untuk melindungi harta dan mengesahkan kewujudan harta tersebut.
    6. Menilai faedah dan keberkesanan penggunaan sumber-sumber yang ada, mengenalpasti peluang-peluang untuk memajukan prestasi dan mencadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan.
    7. Mengkaji perjalanan organisasi dan pelaksanaan program-program untuk memastikan samada hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentutkan, dan samada ianya telah dilaksanakan sebagaimana yang dirancangkan.
    8. Menyelaras tugas Bahagian Audit Dalaman dengan Audit Luaran.
    9. Bersama-sama merancang, merekabentuk, membangun, melaksanakan sistem pengurusan berasaskan komputer terutama dari aspek ciri-ciri kawalan, ciri-ciri ketetapan dan keupayaan merekod dokumentasi supaya sistem yang dimajukan ini dapat membantu Universiti mencapai matlamat.
    10. Mengemukakan jadual kerja pengauditan tahunan kepada Naib Canselor dan Jawatankuasa Audit untuk pertimbangan dan kelulusan.
    11. Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai sesiapa yang sepatutnya mengambil tindakan di atas sesuatu teguran audit.
    12. Melaporkan kakitangan yang didapati melakukan penyelewengan.
    13. Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh Universiti telah mengambil kira pandangan audit sebelumnya.
    14. Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil adalah memuaskan selaras dengan teguran-teguran audit mengenainya.
    15. Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada Jawatankuasa Audit Dalam yang meliputi perkara berikut :-
- Tindakan susulan yang telah diambil di atas penemuan-penemuan audit yang penting.

- Peningkatan keberkesanan dan kelicinan operasi, hasil daripada tindakan audit.

- Penyelarasan tugas dan tanggungjawab Bahagian Audit Dalam dan Juruaudit Luar untuk 

  mengelakan pertindihan.

- Perancangan kerja-kerja audit

- Halangan-halangan yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja audit.

 

 

ROLES AND FUNCTIONS

The Division mostly deals with making the assessment and it is an internal control process. The scope of duties and responsibilities of the Internal Audit Division stipulated under paragraph 7.1.4, General Circular No. 3 of 1998 are as follows:

  1. Review the organisation over a certain period to see if the functions of planning, supervision, giving direction and control, based on policies, directives and regulations are implemented with effective management in line with the objectives and good management practices.
  2. Determine the reliability and effectiveness of internal controls and operational controls systems.
  3. Study the accuracy and validity of financial information and identify ways to measure, classify and report such information.
  4. Review the existing system to ensure that it is consistent with the policies and regulations, particularly areas that affect the operations and determine if it is complied by the organisation. If necessary, to propose suitable policies.
  5. Review appropriate ways to protect assets and verify their existence.
  6. Assess the benefits and effectiveness of the utilisation of available resources, identify opportunities to improve use of resources and suggest ways to overcome associated problems.
  7. Review how the organisation is run and programmes are implemented to determine if the results are in accordance with the specified objectives and if they have been implemented as planned.
  8. Coordinate Internal Audit and External Audit duties.
  9. Participate in planning, designing, developing and implementing computer-based management system, especially from the aspects of control, accuracy, ability to record documentation, so that the developed system can help university meet their objectives.
  10. Submit an annual audit schedule to the Vice Chancellor and Audit Committee for consideration and approval.
  11. Report to the management on who should take action on the audit comments.
  12. Report staffs who are found guilty of corruption.
  13. Ensure that every plan and action made by the university consider the views of the previous audit
  14. Evaluate all plans and actions that have been taken in accordance with the audit comments.
  15. Submit quarterly reports to the Internal Audit Committee which covers the following:
  •  Follow-up actions taken from the findings which are significant.
  •  Improve the effectiveness of the operations, as a result of auditing
  •  Coordination on the roles and responsibilities of Internal Audit Division and External Auditor to avoid overlapping
  • Planning of audit tasks
  • Problems encountered in performing audit tasks