Objektif utama BhAD-UPSI ialah untuk membantu pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cekap, ekonomi dan berkesan serta mengikut undang-undang dan peraturan melalui penilaian yang bebas, berobjektif dan menepati masa. Untuk mencapai objektif ini, BhAD perlu memastikan bahawa :-

  i.        Sistem kawalan dalaman adalah sempurna dan berkesan.

 ii.        Undang-undang, polisi, peraturan dan tatacara kewangan diikuti.

iii.        Semua rekod perakaunan adalah tepat dan boleh dipercayai.

iv.        Semua aset diambilkira dan dilindungi daripada sebarang kehilangan.

v.        Data-data kewangan kepada pihak pengurusan adalah tepat dan boleh dipercayai.

vi.        Semua sumber diurus dengan cekap, ekonomi dan berkesan.