KOD ETIKA

 

JURUAUDIT DALAM

 

BAHAGIAN AUDIT DALAM, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

 

 

 

 

 

1.    TUJUAN

 

 

 

1.1    Pengenalan

 

Kod Etika ini adalah satu panduan terhadap tanggungjawab moral dan kewajipan akhlak setiap Juruaudit Dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi meyakinkan semua pihak terhadap integriti dan kredibiliti mereka.

 

 

1.2    Definisi

 

Kod   Etika   Juruaudit   Dalam       IPTA   adalah   merupakan dokumentasi mengenai tanggungjawab moral dan kewajipan tingkah laku bagi setiap Juruaudit Dalam Universiti Pendidikan Sultan  Idris (UPSI).  Mengikut  Kamus  Dewan  Bahasa  dan Pustaka, Kod dan Etika didefinisikan sebagai berikut:

 

 

1.2.1     Kod

 

Kod   diertikan   sebagai   tulisan   dengan   tanda   dan sebagainya  yang  mempunyai  erti  yang  tertentu  atau untuk menyampaikan arahan serta untuk mengenal pasti sesuatu tempat, objek dan sebagainya.

 

 

 

1.2.2     Etika

 

Etika diertikan sebagai prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai  akhlak  yang  menjadi  pegangan  seseorang individu atau sesuatu kumpulan.

 

 

 

1.2.3     Juruaudit

 

Juruaudit diertikan sebagai kakitangan yang berkhidmat di Bahagian  Audit Dalam  UPSI.

 

 

 

 2.  KOD ETIKA JURUAUDIT DALAM

 

Berasaskan kepada tujuan dan definisi yang dikemukakan di atas, berikut adalah kod etika yang perlu ada pada setiap Juruaudit Dalam UPSI dalam menjalankan tugas-tugas pengauditan:-

 

 

 

2.1    Kepercayaan dan Keyakinan

 

Juruaudit Dalam UPSI hendaklah meyakinkan semua pihak bahawa   mereka   boleh   dipercayai   dalam   melaksanakan kewajipan pengauditan. Bagi maksud tersebut, Juruaudit Dalam UPSI mestilah mempunyai tahap integriti yang tinggi dan nilainilai kejujuran, keikhlasan dan keluhuran dalam semua urusan supaya penilaian dan pandangan audit diterima dan diyakini pada semua peringkat pengurusan.

 

 

2.2    Profesionalisme

 

Juruaudit   Dalam   UPSI   adalah   bertanggungjawab   untuk mematuhi semua   tingkah   laku   profesional,   mengekalkan piawaian pengauditan   yang   tinggi   dalam   merancang, melaksanakan   tugas   dan   melaporkan   penemuan   audit. Juruaudit   Dalam   UPSI   juga   perlu   peka   dan   mengikuti perkembangan   serta   perubahan   semasa   dalam   piawaian pengauditan, perakaunan, pengurusan dan teknologi maklumat, bertujuan  untuk  meningkatkan  tahap  kompetensi  berterusan dalam bidang pengauditan. Juruaudit Dalam UPSI juga hendaklah bebas, adil dan saksama dalam menjalankan kewajipan mereka tanpa ada unsur-unsur kepentingan peribadi serta pengaruh daripada pihak luar.

 

 

 

2.3    Kewibawaan

 

Juruaudit   Dalam   UPSI   perlu   ada   inisiatif   untuk   sentiasa meningkatkan   pengetahuan,   kreativiti   dan   kemahiran   bagi memastikan peningkatan berterusan dalam kualiti kerja.

 

 

 

2.4    Disiplin Diri

 

Tahap disiplin diri yang tinggi perlu ada kepada setiap Juruaudit Dalam UPSI bagi mencerminkan keperibadian sebagai seorang yang profesional.Penerapan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan budaya bersyukur, bertanggungjawab, bersabar dan sesederhana serta menghindarkan diri daripada perilaku yang boleh menjejaskan imej dan nama baik profesion audit. Sebagai  penjawat  awam,  Juruaudit  Dalam  UPSI  hendaklahmematuhi   arahan-arahan   Kerajaan   dan   Pihak   Berkuasa Universiti   dalam   melaksanakan   tugas   dan   tanggungjawab supaya kewajipan ini dapatdilaksanakan dengan sempurna.

 

 

 

Selain   dari   arahan-arahan   khusus   berkaitan   pengauditan, arahan-arahan   lain   untuk   penjawat   awam   seperti   etika berpakaian, prosedur, protokol serta arahan-arahan pentadbiran hendaklah sentiasa dipatuhi. Juruaudit Dalam UPSI juga perlu mengaplikasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara apabila bergaul dan berurusan.

 

 

 

2.5    Kerahsiaan

 

Juruaudit   Dalam   UPSI   tidak   boleh   mendedahkan   semua maklumat  yang  diperoleh  hasil  daripada  pengauditan  yang dijalankan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan sama ada  secara  lisan  atau  bertulis  kecuali  atas  arahan  pihak berkuasa Universiti. Semua sumber maklumat yang diperoleh hendaklah dikendalikan dengan penuh kerahsiaan.

 

 

 

Juruaudit   Dalam   UPSI   mestilah   bertanggungjawab   untuk memastikan keselamatan maklumat yang diperoleh dalam apa jua keadaan dan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh untuk kepentingan peribadi ataupun demi kepentingan sesuatu pihak sahaja.

 

  

 

2.6    Tingkah laku

 

Juruaudit Dalam UPSI mestilah mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti menepati   masa,   melaksanakan   tugas   dengan   sempurna, sentiasa  merancang  tugas  yang  hendak  dilaksanakan  dan berhemah dalam berkomunikasi sama ada secara lisan atau bertulis.

 

 

 

Juruaudit Dalam UPSI adalah dilarang sama sekali daripada melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan peraturan Kerajaan dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada Unit Audit Dalam, UPSI dan negara.

 

 

 

Juruaudit    Dalam    UPSI    mestilah    menghormati    semua kakitangan, pelanggan dan auditi serta pendapat dan keputusan mereka.  Budi  pekerti  dan  akhlak  yang  baik  perlu  sentiasa diterapkan ke dalam diri agar dapat dilihat pada setiap masa.

 

 

 

2.7    Urus Tadbir Yang Baik

 

Pengauditan    merupakan    salah    satu    mekanisme    bagi memastikan  rangka  kerja  urus  tadbir  sesebuah  organisasi berfungsi dengan baik. Untuk berperanan dengan lebih efektif, Juruaudit Dalam UPSI perlu mengamalkan urus tadbir yang baik dalam menjalankan tugas dan peka terhadap fungsi kawalan dalaman serta pengurusan risiko.