• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color

Kod Etika Juruaudit

KOD ETIKA JURUAUDIT DALAM

BAHAGIAN AUDIT DALAM, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.   TUJUAN

 

1.1    Pengenalan

Kod Etika ini adalah satu panduan terhadap tanggungjawab moral dan kewajipan akhlak setiap Juruaudit Dalam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi meyakinkan semua pihak terhadap integriti dan kredibiliti mereka.

 

1.2    Definisi

Kod   Etika   Juruaudit   Dalam   IPTA   adalah   merupakan dokumentasi mengenai tanggungjawab moral dan kewajipan tingkah laku bagi setiap Juruaudit Dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Kod dan Etika didefinisikan sebagai berikut:

 

Kod

Kod diertikan sebagai tulisan dengan tanda dan sebagainya yang mempunyai erti yang tertentu atau menyampaikan arahan serta untuk mengenal pasti sesuatu tempat, objek dan sebagainya

 

Etika

Etika diertikan sebagai prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan

 

Juruaudit

Juruaudit diertikan sebagai kakitangan yang berkhidmat di Bahagian Audit Dalam UPSI

 

 

2.   KOD ETIKA JURUAUDIT DALAM

Berasaskan kepada tujuan dan definisi yang dikemukakan di atas, berikut adalah kod etika yang perlu ada pada setiap Juruaudit Dalam UPSI dalam menjalankan tugas-tugas pengauditan:-

 

2.1    Kepercayaan dan Keyakinan

Juruaudit Dalam UPSI hendaklah meyakinkan semua pihak bahawa   mereka   boleh   dipercayai   dalam   melaksanakan kewajipan pengauditan. Bagi maksud tersebut, Juruaudit Dalam UPSI mestilah mempunyai tahap integriti yang tinggi dan nilainilai kejujuran, keikhlasan dan keluhuran dalam semua urusan supaya penilaian dan pandangan audit diterima dan diyakini pada semua peringkat pengurusan.

 

2.2    Profesionalisme

Juruaudit   Dalam   UPSI   adalah   bertanggungjawab   untuk mematuhi semua   tingkah   laku   profesional,   mengekalkan piawaian pengauditan   yang   tinggi   dalam   merancang, melaksanakan   tugas   dan   melaporkan   penemuan   audit. Juruaudit   Dalam   UPSI   juga   perlu   peka dan   mengikuti perkembangan   serta   perubahan   semasa   dalam   piawaian pengauditan, perakaunan, pengurusan dan teknologi maklumat, bertujuan untuk meningkatkan tahap kompetensi berterusan dalam bidang pengauditan. Juruaudit Dalam UPSI juga hendaklah bebas, adil dan saksama dalam menjalankan kewajipan mereka tanpa ada unsur-unsur kepentingan peribadi serta pengaruh daripada pihak luar.

 

2.3    Kewibawaan

Juruaudit   Dalam   UPSI   perlu   ada   inisiatif   untuk   sentiasa meningkatkan   pengetahuan,   kreativiti   dan   kemahiran   bagi memastikan peningkatan berterusan dalam kualiti kerja.

 

2.4    Disiplin Diri

Tahap disiplin diri yang tinggi perlu ada kepada setiap Juruaudit Dalam UPSI bagi mencerminkan keperibadian sebagai seorang yang profesional.Penerapan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan budaya bersyukur, bertanggungjawab, bersabar dan sesederhana serta menghindarkan diri daripada perilaku yang boleh menjejaskan imej dan nama baik profesion audit. Sebagai penjawat awam, Juruaudit Dalam UPSI hendaklahmematuhi   arahan-arahan   Kerajaan   dan   Pihak   Berkuasa Universiti   dalam   melaksanakan   tugas   dan   tanggungjawab supaya kewajipan ini dapatdilaksanakan dengan sempurna.

Selain   dari   arahan-arahan   khusus   berkaitan   pengauditan, arahan-arahan   lain   untuk   penjawat   awam   seperti   etika berpakaian, prosedur, protokol serta arahan-arahan pentadbiran hendaklah sentiasa dipatuhi. Juruaudit Dalam UPSI juga perlu mengaplikasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara apabila bergaul dan berurusan.

 

2.5    Kerahsiaan

Juruaudit   Dalam   UPSI   tidak   boleh   mendedahkan   semua maklumat yang diperoleh hasil daripada pengauditan yang dijalankan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan sama ada secara lisan atau bertulis kecuali atas arahan pihak berkuasa Universiti. Semua sumber maklumat yang diperoleh hendaklah dikendalikan dengan penuh kerahsiaan.

Juruaudit   Dalam   UPSI   mestilah   bertanggungjawab   untuk memastikan keselamatan maklumat yang diperoleh dalam apa jua keadaan dan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh untuk kepentingan peribadi ataupun demi kepentingan sesuatu pihak sahaja.

 

2.6    Tingkah laku

Juruaudit Dalam UPSI mestilah mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti menepati   masa,   melaksanakan   tugas   dengan   sempurna,
sentiasa merancang tugas yang hendak dilaksanakan dan berhemah dalam berkomunikasi sama ada secara lisan atau bertulis. Juruaudit Dalam UPSI adalah dilarang sama sekali daripada melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan peraturan Kerajaan dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada Unit Audit Dalam, UPSI dan negara. Juruaudit   Dalam   UPSI   mestilah   menghormati   semua kakitangan, pelanggan dan auditi serta pendapat dan keputusan mereka. Budi pekerti dan akhlak yang baik perlu sentiasa diterapkan ke dalam diri agar dapat dilihat pada setiap masa.

 

2.7    Urus Tadbir Yang Baik

Pengauditan   merupakan   salah   satu   mekanisme   bagi memastikan rangka kerja urus tadbir sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk berperanan dengan lebih efektif, Juruaudit Dalam UPSI perlu mengamalkan urus tadbir yang baik dalam menjalankan tugas dan peka terhadap fungsi kawalan dalaman serta pengurusan risiko.